Sarawak akan terus memperkukuhkan hubungan dengan China menerusi beberapa bentuk usahasama terutama dalam sektor ekonomi.<br /><br />Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata kerajaan Sarawak menghargai hubungan yang terjalin sebelum ini dan akan terus memperkukuhkan kerjasama dua hala untuk manfaat bersama.